Daftar Akaun Pelaburan Wahed Dan Percuma Ganjaran Tunai

Daftar Akaun Pelaburan Wahed Dan Percuma Ganjaran Tunai

Wahed menawarkan bonus RM10 kepada pelabur-pelabur baru, dengan syarat semasa mendaftar anda kena guna referral code. Bila anda daftar guna referral code fazraz3 anda akan dapat bonus RM10 dari wahed.

Author : Boleh Share
Post on May 21, 2024
pelaburan wahed


Pengenalan wahed

Wahed adalah sebuah platform pelaburan robo advisor yang patuh syariah dan telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Wahed memudahkan anda untuk melabur dalam pelbagai instrument kewangan seperti saham, sukuk dan emas.


logo baru wahed

Wahed sebelum ini dikenali sebagai wahed invest. Namun melalui penjenamaan semula, ia kini dikenali sebagai wahed sahaja. Malah logo wahed juga diubah kepada warna kuning dengan rekaan ikon baru.

Nampak simple dan lebih menarik.


Kelebihan pelaburan wahed?

Pelaburan dan pengurusan dana dilakukan oleh robo advisor. Ini memudahkan transaksi dan boleh mengurangkan risiko kesilapan. Anda patut mencuba kerana pelaburan ini juga :

  1. Bersifat pasif.
  2. Banyak pilhan portfolio.

Dana yang dimasukkan akan diuruskan secara automatik oleh wahed, sesuai untuk pelabur yang ingin melabur tanpa perlu aktif menguruskan portfolio mereka.

Terdapat pelbagai jenis portfolio yang boleh dipilih berdasarkan tahap risiko dan pulangan yang dikehendaki oleh pelabur.


Adakah selamat melabur dalam wahed?

Seperti semua pelaburan, terdapat risiko termasuk kemungkinan kehilangan modal. Pelabur perlu memahami risiko sebelum melabur.

Pelaburan adalah satu cara berpotensi untuk meningkatkan jumlah wang anda. Tetapi pelaburan bukanlah statik ye. Ia boleh naik dan turun pada setiap masa dan pada bila-bila masa. Ada baiknya anda buat kajian sendiri sebelum anda mula melabur di mana-mana platform.

Wahed berdaftar dengan suruhanjaya sekuriti malaysia. Jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan pelaburan wang anda.

Setiap pelaburan memang ada risikonya. Hanya dengan kajian dan study yang cukup, anda boleh kurangkan risiko dan buat keputusan yang tepat.


Daftar akaun pelaburan wahed

Nak daftar akaun pelaburan wahed mudah aje. Anda kena prepare :
  • Smartphone android atau ios.
  • Modal permulaan minima rm100.
  • Ic atau lesen memandu.
  • Document pengesahan alamat seperti mykad, bil telco dan utiliti.

Sekarang anda dah ready, jom kita terus mendaftar akaun wahed anda.


Install applikasi wahed

Pertamanya anda kena install app wahed. Pastikan anda download dari :

Buka app wahed dan tekan 'get started'.


daftar akaun wahed
daftar akaun wahed

Masukkan email dan password

Masukkan alamat email dan cipta password baru untuk akaun wahed anda. Sahkan email anda dengan kod yang dihantar oleh wahed kepada email anda.

Semak spam folder kalau anda tidak terima email dari pihak wahed.


email verfikasi wahed
email verfikasi wahed

Selepas sahkan email, anda boleh pilih untuk menerima notifikasi dari wahed untuk tujuan promosi. Abaikan jika anda tak mahu.


Alamat dan referal code

Sebaik email anda disahkan, anda akan ditanya 'where do you live?' Pilih malaysia.

Sekarang tekan check 'i have a referral code' dan masukkan code fazraz3 untuk dapatkan rm10 percuma selepas anda deposit kali pertama rm100 ke dalam akaun wahed.


pengesahan alamat wahed
sahkan alamat wahed

Pilih gaya pelaburan

Pilih 'regular' jika anda :
  1. Pelabur baru nak mula.
  2. Tak pasti dengan pilihan portfolio.
Pilih 'thematic' jika anda :
  1. Pelabur yang berpengalaman.
  2. Tahu tentang portfolio dan aset yang nak dipilih.
  3. Bersedia dengan risiko yang lebih tinggi.

pilih gaya pelaburan
pilih gaya pelaburan

Soalan penilaian portfolio

Anda akan ditanya beberapa soalan mudah untuk wahed menilai portfolio yang sesuai untuk anda. Wahed akan cadangkan portfolio berdasarkan jawapan anda pada soalan ini.

Selesai anda jawab semua soalan mudah itu, wahed akan mula mencadangkan portfolio yang sesuai untuk anda. Anda boleh bersetuju dengan cadangan wahed atau anda boleh saja pilih portfolio lain yang anda suka.

soalan penilaian portfolio
soalan penilaian portfolio

Selepas anda selesai daftar, tunggu dalam dua hari waktu bekerja untuk pihak wahed buat semakan akaun.

Bila akaun dah lulus, deposit RM100 yang anda masukkan akan mula dilaburkan ikut portfolio yang anda pilih.


Pilihan portfolio pelaburan

Jenis-jenis portfolio wahed yang anda boleh pilih :
  1. Sangat Agresif.
  2. Agresif.
  3. Sederhana Agresif.
  4. Sederhana.
  5. Sederhana Konservatif.
  6. Sangat Konservatif.
  7. Emas.

Portfolio sangat agresif memberi pulangan paling tinggi, tetapi risikonya juga tinggi. Sangat konservatif memberi pulangan paling rendah tetapi risikonya juga rendah.

Jadi buat pilihan ikut kesesuaian anda.

Pilihan portfolio ni akan menentukan pembahagian dana anda yang akan dilaburkan dalam saham malaysia, saham amerika, sukuk dan emas.


Dapatkan ganjaran tunai rm10 percuma

Jika anda baru buka akaun wahed, anda boleh dapatkan rm10 secara percuma dari wahed. Syaratnya semasa mendaftar anda kena guna referral atau promo code.

promo code

Promo code fazraz3

Masukkan kod referral fazraz3 semasa membuka akaun raiz untuk dapat free reward RM10.


Wang RM10 akan dimasukkan dalam akaun pelaburan anda selepas 30 hari dari tarikh deposit pertama. Anda juga kena pastikan :

  • Akaun anda kena kekal aktif selama 30 hari.
  • Deposit minima rm100 sebagai permulaan.
  • Tambah pelaburan sehingga rm300.
  • Maintain jumlah rm300 itu selama 30 hari atau lebih.

Selepas anda memenuhi semua syarat-syarat ini, anda akan dapat melihat rm10 dimasukkan ke dalam akaun anda selepas 30 hari ke atas.


Cara deposit dan tambah pelaburan

Di halaman utama app wahed :
  1. Pilih akaun dan tekan 'add fund'.
  2. Pilih 'one time' dan masukkan jumlah.
  3. Pilih cara bayaran, tekan 'proceed'.
  4. Tekan 'ok, i'll send the transfer'.
  5. Transfer wang ke dalam akaun wahed.

Anda boleh pilih samada transfer secara online banking atau wire transfer. Wang akan masuk ke dalam akaun wahed anda sekitar 2-3 hari bekerja.

Ringkasan

Kalau anda jenis orang yang sibuk, pelaburan di wahed adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Anda hanya perlu deposit amaun yang anda selesa seberapa kerap yang anda mahu. Dan biarkan robo advisor di wahed yang menguruskan semua dana pelaburan anda.

Tugas anda hanya perlu pantau pelaburan melalui aplikasi wahed dalam smartphone. Anda akan mula melihat untung dan rugi setiap hari. Inilah yang seronok dalam pelaburan. Anda setuju?

full-width

Share this post

Writer

boleh share

Author :

Boleh Share

Kami suka sharing. Kami sharekan idea, gaya hidup dan info-info terbaru. Juga promo code yang memberi ganjaran tunai.