Kelebihan Kad Prepaid Visa Wise di Malaysia

Kelebihan Kad Prepaid Visa Wise di Malaysia

Kad prepaid visa wise menawarkan cara pembayaran yang mudah dan selamat dengan kos yang rendah untuk lebih 50 jenis mata wang di 70 negara. Wise melebarkan sayapnya di Malaysia pada tahun 2021 dan kini anda boleh membuka akaun dengan mudah.

Author : Boleh Share
Post on November 13, 2023
Photo : Visa prepaid wise


Jika anda selalu ke luar negara, anda memang perlukan kad ini. Jika anda tidak selalu ke luar negara, saya percaya anda pasti akan sukakan kad ini.

Apa sebenarnya kad wise ini? Dan apakah fungsi serta kelebihan menggunakan kad ini berbanding kad visa yang lainnya?

Mari saya terangkan.


Kad prepaid visa wise

Kad wise adalah kad prepaid atau debit visa yang dihubungkan pada akaun wise. Jika anda ada akaun wise, anda boleh order 2 jenis kad yang ditawarkan oleh Wise iaitu :
  1. Kad digital.
  2. Kad fizikal.

Kad digital akan dapat secara automatik dan terus terpapar di dalam akaun wise sebaik anda order. Anda boleh guna kad ini untuk membuat sebarang bayaran secara online.

Jika anda order kad fizikal anda akan dapat kad dalam masa lebih kurang 2 minggu. Kad ini akan dipos ke alamat rumah anda dengan bayaran cuma sebanyak rm13.70 untuk harga kad termasuk kos penghantaran. Yang bestnya, bayaran ini cuma sekali sahaja, tiada lagi bayaran untuk tahun-tahun berikut.

wise card visa

Kad fizikal wise anda boleh guna untuk buat bayaran secara online, di kedai-kedai seperti speedmart atau mana-mana kedai kesukaan anda. Asalkan kedai yang anda pergi itu support visa, you are good to go.

Point paling penting adalah, anda perlukan kad fizikal wise untuk buat urusan withdrawal dari akaun wise anda. Tanpa kad ini anda hanya dapat berbelanja. Tetapi dengan kad ini anda bukan saja dapat berbelanja malah dapat buat pengeluaran juga. Manalah tau ada masa-masa tertentu anda memerlukan tunai segera, dan anda ada banyak pula tunai di dalam akaun wise, jadi anda boleh buat pengeluaran untuk memenuhi keperluan anda itu.

Anda boleh order sehingga 3 kad digital tetapi cuma 1 keping kad fizikal untuk akaun wise personal anda. Jika anda order kesemua 4 kad wise ini, anda boleh menggunakannya untuk keperluan perbelanjaan yang berbeza.

Contoh:

  • Kad pertama untuk bayar tol atau public transport.
  • Kad kedua khas untuk langganan online seperti netflix misalnya.
  • Kad ketiga untuk tujuan shopping secara online.
  • Kad keempat anda boleh tentukan sendiri mengikut citarasa anda.

Walaupun anda memiliki 4 kad visa wise, kesemua kad ini dihubungkan pada 1 akaun induk wise anda. Jadi kesemua perbelanjaan menggunakan kad-kad ini akan debit dari akaun wise anda yang sama. Namun setiap kad ini mempunyai nombor yang berbeza. Inilah keunikan kad visa wise.

Katalah anda ada baki sebanyak RM200 di dalam akaun wise anda. Anda belanja :

  • RM50 guna kad pertama.
  • RM10 guna kad kedua.
  • RM20 guna kad ketiga.
  • RM70 guna kad keempat.

Total perbelanjaan anda adalah RM150. Sekarang baki akaun wise anda adalah RM50 selepas ditolak belanja dari kesemua empat kad itu. Jadi dalam keseronokkan berbelanja, pastikan anda ada baki yang mencukupi di dalam akaun wise sebelum membuat sebarang bayaran.


Apakah kelebihan kad prepaid visa wise?

Jom kita lihat kenapa kad ini boleh menambah nilai dalam hidup anda:

  1. Boleh digunakan di seluruh dunia.
  2. Boleh convert ke 50 jenis mata wang dunia.
  3. Tiada caj penyelengaraan semasa untuk akaun.
  4. Tiada yuran tahunan untuk kad visa wise.
kad prepaid visa wise

Ye betul. Anda tak perlu membayar yuran tahunan untuk memiliki kad prepaid visa wise ini. Anda hanya bayar sekali sahaja semasa order kali pertama. Tahun berikutnya sentiasa percuma. Anda tak perlu bayar yuran tahunan setiap tahun seperti kad bank yang lain. Di sini sahaja anda sudah jimat.


Ciri keselamatan kad wise

Soalan - adakah kad prepaid visa wise ini selamat digunakan?

Jawapannya ya! Kad wise selamat digunakan kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

  1. Dilengkapi dengan 2 faktor pengesahan.
  2. Ada ciri untuk 'freeze' dan 'activate semula' akaun.
  3. Setiap transaksi anda dapat notification.
  4. Wise mengawal selia proses anti scam 24/7 jika ada transaksi yang meragukan.
  5. Dilengkapi dengan kad digital bagi urusan langganan online.

Deposit atau top up akaun wise

Anda boleh deposit atau top up akaun wise anda seperti yang biasa anda buat pada ewallet lainnya. Tekan 'add money' dan pilih money transfer. Wang dari bank pilihan anda akan masuk ke akaun wise anda secara automatik.

Anda kena activate fungsi 'auto conversion'kad anda untuk convert ringgit ke mata wang asing yang anda nak belanja. Ini sahaja sudah memberi mata tambahan pada kad ini jika dibandingkan dengan kad visa lainnya. Anda juga boleh melihat kadar tukaran asing yang sentiasa berubah-ubah melalui 'rate tracker' yang ada dalam app wise.


Withdraw wang dari akaun wise

Urusan withdraw hanya boleh dilakukan jika anda ada kad fizikal wise. Gunalah kad visa wise anda di mana-mana mesin ATM yang accept kad visa.

Urusan withdraw tidak dikenakan caj selagi jumlahnya tidak melebihi RM1,000 untuk setiap bulan. Untuk withdraw jumlah lebih dari RM1.000, ada minima caj dikenakan. Jadi anda jimat lebih banyak berbanding menggunakan kad bank biasa bagi tujuan withdrawal.


Berbelanja di luar negara secara online

Kedua-dua kad samada digital atau fizikal anda boleh guna untuk pembayaran secara online di platform luar negara.

Jika anda belanja dalam mata wang yang anda sedang pegang atau simpan dalam akaun wise tiada caj dikenakan. Jika anda ingin tukar kepada mata wang lain dalam akaun wise, kad wise akan menukarkannya secara automatik dengan caj yang rendah bermula dari 0.43%.


Yuran kad wise di malaysia

Anda boleh buka akaun personal secara percuma. Tiada caj semasa atau caj penyelenggaraan dikenakan.

Transaksi Wise fee
Kad fizikal RM13.70
Kad digital Percuma
Renew kad Percuma
Belanja kad Percuma jika guna mata wang sama. Convert wang asing ada caj serendah 0.43%.
Withdraw 2 kali withdraw atm dalam sebulan adalah percuma (tidak lebih RM1,000). Caj RM5 + 1.75% jika jumlah lebih RM1,000

Pastikan anda merancang pengeluaran wang untuk elak fee yang tidak perlu.


Cara dapatkan kad visa wise di Malaysia

Anda perlu buka akaun wise terlebih dulu. Klik di sini untuk buka akaun wise.

Langkah mudah untuk anda dapatkan kad visa debit wise:
  • Download app wise atau pergi ke website wise.
  • Klik 'open an account'.
  • Masukkan email atau daftar guna google, apple id atau facebook.
  • Ikuti langkah seterusnya untuk lengkapkan maklumat.
  • Anda akan diminta gambar kad pengenalan untuk pengesahan.
  • Akhirnya,pilih tab 'card' untuk memesan kad anda.
  • Selesai.

Anda akan dapat kad digital instantly, dan kad fizikal yang anda order mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk sampai. Jadi anda boleh menggunakan kad digital yang diberi secara percuma untuk anda guna sementara menunggu kad fizikal anda sampai. Anda boleh gunakan kad digital ini secara online dan offline (maksudnya anda membayar di kedai seperti di speedmart).

Untuk membayar di kedai, anda kena link kad digital pada app google pay atau apple pay anda supaya dapat guna fungsi 'tap and pay.' Anda boleh lihat cara untuk link kad visa wise ini ke google pay atau apple pay di sini.

Baca juga :

Cara Link Kad Visa Wise Ke Google Pay Atau Apple Pay.

Sebaik akaun wise anda telah disahkan, anda kena buat first deposit atau top up minima RM101 supaya anda dapat menggunakan kad ini. Semua urusan transaksi anda boleh lihat serta -merta di akaun wise ini, jadi anda tak perlu risau.


Ringkasan.

Anda boleh deposit atau top up dalam ringgit malaysia ke dalam akaun wise. Gunakan wang ringgit malaysia yang anda dalam akaun wise ini untuk berbelanja dalam lebih 40 mata wang secara automatik. Yang menariknya, semua transkasi perbelanjaan anda dalam matawang asing dikenakan caj mengikut mid-market exchange rate. Jadi cajnya sangat rendah. Jauh lebih jimat berbanding anda guna kad atm biasa dari bank.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kelebihan kad ini, daftar akaun wise dulu. Kemudian anda boleh download app wise.

full-width

Share this post

Writer

boleh share

Author :

Boleh Share

Kami suka sharing. Kami sharekan idea, gaya hidup dan info-info terbaru. Juga promo code yang memberi ganjaran tunai.