Daftar eWallet Maybank Mae Secara Mudah

MAE adalah nama ringkas bagi 'Maybank Anytime, Everyone'. Jika anda ada Mae, anda boleh berbelanja samada di dalam atau di luar negara dengan mudah. Malah membuat pertukaran wang hanya dengan menggunakan kad mae anda.

Daftar akaun MAE walaupun anda bukan pelanggan maybank, untuk mengakses semua fungsi mae yang ditawarkan oleh maybank.

Dengan Mae anda boleh membuat pelbagai urusan seperti:

  1. Membayar belian anda secara online atau di kedai.
  2. Menerima wang dari pihak lain.
  3. Menghantar wang pada pihak lain.
  4. Membayar bil.
  5. Urusan top up dan sebagainya.



Cara mendaftar akaun mae tanpa ada akaun maybank

Bolehkan saya mendaftar akaun Mae jika saya tiada akaun Maybank? Jawapannya ya! Anda boleh.

Anda tidak perlu ada akaun maybank pun jika anda nak apply akaun mae. Anda tetap boleh menggunakan kemudahan dompet digital yang ditawarkan maybank dengan hanya membuka akaun mae ini.

  1. Pertamanya anda kena download app 'mae'.
  2. Pilih ‘Apply for a MAE account’.
  3. Masukkan nama dan nombor telefon anda.
  4. Masukkan salinan kad pengenalan anda.
  5. Create 'maybank ID' - username dan password untuk mae.
  6. Selesai.

Cara top up ewallet mae

Cara paling senang anda top up guna akaun mae sendiri.

Mari saya tunjukkan caranya:

  1. Login ke akaun mae anda.
  2. Pilih cara untuk deposit wang.
  3. Pilih akaun yang ditawarkan untuk deposit.
  4. Itu sahaja.

Anda juga boleh deposit wang ke dalam akaun mae melalui atm machine.

Jika anda memang pelanggan maybank sedia ada, dan anda nak ada akaun mae, anda hanya perlu mengaktifkan mae melalui app android atau iphone.


Kad debit visa mae

Selepas anda mendaftar ewallet Mae, anda akan dapat kad debit digital yang diberi secara percuma. Kad digital ini anda boleh guna untuk membeli-belah secara online atau offline secara scan and pay.

Anda juga boleh apply kad debit mae fizikal dengan bayaran RM8 sahaja yang akan dipos ke alamat rumah anda. Dan ada caj RM8 yang anda kena bayar anually. Dengan kad fizikal ini mudah untuk anda buat pengeluaran wang di atm machine.

mae app ewallet

Anda juga boleh link kad ini pada apple pay, google wallet atau samsung pay untuk buat pembayaran secara tap dan pay. Untuk link kad mae maybank anda pada google wallet atau google pay, lihat caranya di sini.

Selain tap and pay guna kad, anda juga boleh bayar melalui scan and pay. Anda hanya perlu scan QR code di mana-mana kedai yang ada tawarkan servis ini sebagai cara bayaran. Of coz anda kena adalah baki wang di dalam ewallet mae anda terlebih dahulu sebelum dapat gunakan kemudahan ini.

Maybank ada menawarkan promosi, cashback dan diskaun pada masa-masa tertentu yang anda boleh dapat menerusi e-wallet mae.

Selain untuk perbelanjaan di dalam negara, anda boleh berbelanja di luar negara juga. Namun wang anda di dalam akaun mae disimpan dalam bentuk Ringgit Malaysia.

Katalah anda berbelanja di luar negara, anda nak buat pembayaran guna kad mae. Jadi dana di dalam akaun mae akan ditukar kepada matawang di negara yang anda berbelanja itu mengikut kadar tukaran wang asing Maybank.

Jadi buatlah kira-kira sebelum anda berbelanja.

Kalau kad maybank anda dah expired atau hampir nak expired, anda boleh renew dulu. Sekarang dah mudah, anda boleh renew kad maybank anda secara online sahaja. Anda boleh lihat caranya di sini.

Baca juga :

Cara Link Kad Maybank ke Google Wallet.

Share this post

Writer

boleh share

Author :

Boleh Share

Kami suka sharing. Kami sharekan idea, gaya hidup dan info-info terbaru. Juga promo code yang memberi ganjaran tunai.