Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Tanpa Kena Caj RM1

Ada dua cara untuk anda menambah simpanan atau mengeluarkan wang dari akaun tabung haji tanpa dikenakan caj servis RM1.

Kedua-duanya hanya dibuat secara online menggunakan smartphone anda sahaja.


cara transfer duit ke tabung haji


Bila anda deposit wang dari akaun bank ke tabung haji anda akan dicaj RM1 bagi setiap satu transaksi. Begitu juga jika anda transfer wang dari akaun tabung haji ke akaun bank anda, anda akan dicaj RM1 juga.

RM1 bukanlah satu jumlah yang besar. Namun jika dilakukan secara berulang-ulang dan kerap pula, jumlahnya akan bertambah dari masa ke semasa.

Berita baiknya kini ada dua cara anda boleh deposit wang ke tabung haji dari akaun bank anda tanpa dikenakan caj RM1. Ia masih lagi menggunakan online transfer. Cuma menggunakan platform yang berbeza.

Jom kita lihat.


Cara deposit wang ke tabung haji menggunakan jomPAY.

  1. Pertamanya anda login ke akaun bank anda.
  2. Pilih jomPAY.
  3. Masukkan maklumat transaksi.
  4. Biller code - 60228
  5. Biller code name - 'tabung haji deposit'.
  6. Ref 1 - nombor akaun tabung haji anda.
  7. Ref 2 - tak perlu isi.
  8. Amaun - masukkan jumlah anda nak deposit.
  9. Teruskan hingga selesai.

Duit akan masuk ke dalam akaun tabung haji selama beberapa jam, biasanya lebih kurang satu hari bekerja. Jika anda deposit selepas jam 5 petang, wang akan masuk pada esok hari bekerja. Jadi anda tak perlu risau kalau wang belum masuk selepas anda berjaya deposit menggunakan jomPAY ini. Anda boleh semak akaun anda pada keesokannya.

Deposit menggunakan jomPAY adalah percuma sahaja.

Urusan hanya akan berjaya jika akaun tabung haji anda berstatus aktif. Jika akaun tidak aktif, urusan transaksi akan gagal dan wang pendeposit akan dikembalikan.


Cara deposit wang ke tabung haji menggunakan thijari.

Thijari adalah rangkaian perkhidmatan digital yang disediakan tabung haji sendiri. Ia mula beroperasi sejak 5 february 2020.

Kelebihan menggunakan thijari adalah wang transfer masuk terus secara automatik. Ya, selepas anda berjaya transfer wang dari akaun bank anda, anda boleh lihat wang itu masuk ke dalam akaun tabung haji anda secara on the spot. Anda tak perlu tunggu esok dan anda juga boleh deposit pada bila-bila masa yang anda suka.

Dan cara ini juga adalah percuma.

Jika anda belum pernah ada akaun Thijari, anda kena daftar dulu di website rasmi tabung haji. Selepas anda berjaya daftar akaun thijari anda boleh pergi ke google play store atau apple store untuk download app thijari.

Dengan adanya app thijari senang anda nak monitor transaction tabung haji hanya dengan menggunakan smartphone sahaja.

Setelah anda download app thijari, anda boleh mula transfer wang dari bank ke akaun tabung haji anda.

Ikuti step ini:

  1. Login di app thijari.
  2. Pilih 'transfer - bank to TH Account'.
  3. Pilih 'own TH account'.
  4. Masukkan amount anda nak transfer.
  5. Teruskan transaksi hingga menerima notifikasi ‘Transfer Successful’.
  6. Selesai.

Duit akan terus masuk ke akaun Tabung Haji anda secara automatik. Tak perlu tunggu esok. Semak di bahagian akaun tabung haji, anda akan dapat lihat jumlah yang baru anda deposit tu.

Semudah itu.

Share this post

Writer

boleh share

Author :

Boleh Share

Kami suka sharing. Kami sharekan idea, gaya hidup dan info-info terbaru. Juga promo code yang memberi ganjaran tunai.