Cara Link Kad Maybank ke Google Wallet

Cara Link Kad Maybank ke Google Wallet

Akhirnya, anda kini boleh menikmati kemudahan menambahkan atau link kad maybank ke Google Wallet.

Author : Boleh Share
Post on May 19, 2024
cara link kad maybank ke google wallet


Ini membolehkan transaksi anda jadi lebih mudah dan pantas. Kemudahan ini tentulah untuk pengguna peranti Android yang ada sokongan NFC.

nfc
nfc

Saya agak teruja bila menerima email notification dari maybank pada 8 may lepas memberitahu kini kad maybank telah boleh dipautkan pada google wallet. Ini kerana saya agak sekian lama menunggu.

Malah di sebelah paginya sebelum menerima email dari maybank, saya ada terlintas… kenapalah kad maybank masih belum boleh di add pada google wallet. Kerana saya telah menggunakan kad mae maybank pada setahun yang lepas. Malah menggunakannya hampir setiap hari untuk kegunaan harian.

Tetapi kegunaan saya hanya terhad kepada bayaran secara QR code ataupun secara online sahaja sebab saya malas nak keluarkan kad dari dompet untuk tap kad pada terminal.

Saya lebih selesa membayar menggunakan google wallet di smartphone saya. Mudah, cepat dan yang bestnya ada perincian tentang pembelian kita di app google wallet sendiri. Jumlah pembayaran, lokasi kedai dan masa pembelian lengkap dipaparkan pada google wallet anda.

Anda hanya perlu tap dan pay sahaja.


link maybank mae card ke google wallet
link maybank mae card ke google wallet

Cara link kad maybank ke google wallet.

Cara untuk link kad maybank pada google wallet ini sangatlah mudah. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Proses ini boleh dibuat dengan dua cara di smartphone anda :

  1. Melalui google wallet app.
  2. Melalui mae app.

Anda hanya pilih salah satu dari dua cara ini.


Add maybank card melalui google wallet.

  1. Buka aplikasi google wallet pada smartphone anda.
  2. Tekan pada ‘add a card’.
  3. Pilih ‘payment card’.
  4. Tekan ‘+’ untuk menambah kad maybank anda ke wallet.
  5. Pilih kad maybank yang anda nak.

Add maybank card melalui mae app.

  1. Tekan pada ‘view all accounts’ di mae app.
  2. Tekan pada ‘cards’ dan pilih kad maybank anda.
  3. Tekan ‘add to google wallet’.
  4. Ikut arahan dari notification untuk langkah seterusnya.
  5. Tunggu pengesahan secara secure2u.

Tahniah! Sekarang anda dah boleh guna google pay!


Promosi pulangan tunai 100%.

Maybank juga menawarkan promosi untuk pulangan tunai 100% (maximum RM10) untuk transaksi pertama bagi sejumlah pengguna terawal. Take note ye, promosi ini akan berakhir pada 8 july 2024.

Setiap pengguna akan menerima maksimum rm10 bagi setiap pembelian menggunakan kad maybank menggunakan google wallet. Namun maybank menghadkan tawaran ini pada bayaran maksimum 100,000. Maksudnya promo ini untuk 10,000 pelanggan terawal sahaja.

So anda janganlah tunggu lama-lama, ambil peluang ini sekarang. Anda hanya perlu buat belian berjumlah rm10.00 ke atas dengan gunakan kad maybank anda melalui google wallet.

grab 100% cashback maybank
grab 100% cashback maybank

Hanya dengan transaksi berjumlah rm10 dan ke atas anda sudah layak untuk dapat maksimum free rm10.

Anda belanja bawah rm10.00 tetap dapat pulangan 100%. Contoh anda belanja rm5.00. Pulangan 100% anda akan dapat rm5.00.

As simple as that.


Senarai kad maybank yang menyokong google wallet.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kad maybank mana yang boleh link pada google wallet. Anda tak perlu risau. Kad anda sudah tentu termasuk di dalam senarai sebab maybank menawarkan sejumlah 40 keping jenis kad (pada masa artikel ini ditulis) yang boleh anda link pada google wallet.

Jom kita lihat.

Visa (27 keping kad).

  • Maybank Visa Infinite Diamante Card.
  • Maybank Visa Infinite Card.
  • Maybank Manchester United Visa Infinite Card.
  • Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i.
  • Mercedes-Benz Card.
  • Maybank Visa Signature Card.
  • Maybank FC Barcelona Visa Signature Card.
  • Maybank myimpact Visa Signature Card.
  • Maybank Shopee Visa Platinum Card.
  • Petronas Maybank Visa Platinum Card.
  • Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i.
  • Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i.
  • Maybank 2 Visa Platinum Card.
  • Maybank Visa Platinum Card.
  • Maybank Manchester United Visa Card.
  • Maybank Manchester United Visa Limited Edition 2022 Credit Card.
  • Petronas Maybank Visa Gold Card.
  • Maybank 2 Visa Gold Card.
  • Maybank Visa Gold Card.
  • Maybank Visa Classic Card.
  • Maybank Visa Debit Card.
  • Maybank Manchester United Visa Debit Card.
  • Maybank Manchester United Visa Limited Edition 2022 Debit Card.
  • Maybank FC Barcelona Visa Debit Card.
  • Tokyo 2020 Maybank Visa LED Debit Card.
  • Maybank MAE Debit Card.
  • Maybank Visa Manchester United Prepaid Card.

Mastercard (13 keping kad).

  • Maybank World Mastercard® Card.
  • Maybank Islamic World Mastercard® Ikhwan Card.
  • Maybank Grab Mastercard® Platinum Black Card.
  • Maybank Grab Mastercard® Platinum White Card.
  • Maybank 2 Mastercard® Platinum Card.
  • Maybank Mastercard® Platinum Card.
  • Maybank Islamic Mastercard® Ikhwan Platinum Card.
  • Maybank Islamic myimpact Mastercard® Ikhwan Platinum Card.
  • Maybank 2 Mastercard® Gold Card.
  • Maybank Mastercard® Gold Card.
  • Maybank Islamic Mastercard® Ikhwan Gold Card.
  • Maybank Mastercard® Platinum Debit Card.
  • Maybank Mastercard® Classic Card.

Inilah sejumlah kad yang maybank tawarkan untuk anda link pada google wallet.

Banyakkan?

Jumlah kad mungkin boleh bertambah atau berkurang bergantung pada maybank sendiri. Namun inilah semua kad yang ditawarkan semasa artikel ini ditulis.

Saya akan update jika ada sebarang perubahan nanti.


Ringkasan.

Menambah kad maybank ke google wallet adalah langkah yang baik dalam memanfaatkan teknologi pembayaran tanpa sentuh. Ia bukan sahaja memudahkan urusan pembayaran harian anda, tetapi juga menawarkan keselamatan dan kelebihan ekstra bagi anda.

Pastikan kad yang anda nak link ke google wallet itu masih aktif dan belum tamat tempoh ye.

Kalau kad maybank anda dah expired atau hampir nak expired, anda boleh renew dulu. Sekarang dah mudah, anda boleh renew kad maybank anda secara online sahaja. Anda boleh lihat caranya di sini.

Baca juga :

Daftar EWallet Maybank Mae Secara Mudah.

full-width

Share this post

Writer

boleh share

Author :

Boleh Share

Kami suka sharing. Kami sharekan idea, gaya hidup dan info-info terbaru. Juga promo code yang memberi ganjaran tunai.