Ada Tiga Cara Tukar Kad Debit Maybank Yang Expired

Ada Tiga Cara Tukar Kad Debit Maybank Yang Expired

Untuk menukar kad debit maybank yang expired, anda boleh memilih salah satu dari tiga cara seperti yang ditawarkan oleh maybank.

Author : Boleh Share
Post on October 19, 2023
tukar kad debit cimb expired secara online


Jom saya tunjukkan anda tiga cara tersebut:

  1. Menukar secara online.
  2. Menukar di kiosk.
  3. Menukar di cawangan maybank.

Pilihlah salah satu dari cara ini mengikut kemudahan anda.


Cara menukar kad maybank secara online.

Cara ini tidak boleh dibuat melalui applikasi mae, anda kena gunakan browser seperti google chrome misalnya.

Pertamanya, anda pergi ke website maybank2u.

Website maybank2u

tukar kad debit maybank online
tukar kad debit maybank online
  1. Masukkan username anda dan klik login.
  2. Masukkan password dan klik login.
  3. Pergi ke menu, pilih 'Personal'.
  4. Pilih menu 'cards'.
  5. Seterusnya tekan 'debit card - 'replace, activate dan block'.
  6. Klik di sebelah atas kanan menu, pilih 'Replace Card'.
  7. Isikan alamat untuk delivery kad baru anda.
  8. Sahkan, klik 'tukar kad'.
  9. Klik 'request TAC'.

TAC akan dihantar melalui sms kepada nombor talipon anda yang berdaftar dengan maybank. Masukkan nombor 'TAC' ini dan tunggu notification. Anda akan dimaklumkan proses delivery kad.


Cara menukar kad maybank di kiosk maybank.

Cara ini cepat dan mudah. Proses menukar mengambil masa beberapa minit sahaja dan anda akan terus dapat kad baru instantly. Malah anda boleh memilih design kad yang mana anda suka. Cuma anda kena melakukan proses ini di mesin express debit card replacement yang ada di maybank.

Walaupun prosesnya mudah, sudah tentulah anda perlu pergi ke cawangan maybank yang ada kiosk ini.


Cara menukar kad maybank di branch maybank.

  • Cara ini memerlukan anda pergi terus ke maybank berdekatan.
  • Jangan lupa kad pengenalan dan bawa sekali kad debit lama anda yang dah expired.
  • Ambil nombor giliran dan maklumkan pada pengawal di pintu masuk yang anda nak renew kad atm yang expired.
  • Anda akan diberi nombor giliran dan borang permohonan tukar kad.
  • Tunggu giliran anda dipanggil, dan proses penukaran kad akan diuruskan oleh pegawai bank.

Biasanya ia tidak memakan masa yang lama melainkan jumlah pelanggan agak ramai ketika anda berurusan.

Kalau anda sukakan cara yang mudah, tentulah pilihannya pada cara yang pertama atau yang kedua.

Walk in ke branch bukanlah susah mana pun, cuma kalau ada cara yang lebih mudah kenapa tidak kan?


Senarai cawangan kiosk maybank layan diri.

Maybank telah menyediakan banyak kiosk di cawangan-cawangannya bagi kemudahan pelanggan untuk membuat penukaran kad debit mereka secara lebih mudah dan cepat.

Anda boleh klik button untuk lihat senarai cawangan maybank yang ada kiosk layan diri :

Senarai kiosk layan diri maybank


Ringkasan.

Cara yang pertama anda tidak perlu kemana-mana, anda hanya perlukan sambungan internet, anda login ke website maybank dan semuanya dilakukan secara online sahaja. Seterusnya anda hanya perlu menunggu kad sampai ke alamat rumah anda. Mengikut maybank proses penghantaran akan mengambil masa 9 hari bekerja.

Cara yang kedua anda tetap perlu pergi ke cawangan, cuma anda tidak perlu beratur di kaunter. Anda terus ke mesin layan diri, ikut apa yang dipaparkan pada skrin mesin dan dalam beberapa minit anda akan terus dapat kad dari mesin itu. Jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk dapat kad baru anda. Biasanya di mesin ini juga tidak ramai orang, jadi anda boleh selesaikan urusan dengan cepat.

Cara yang kedua adalah terbaik jika anda nakkan kad itu instantly. Cuma anda tetap kena pergi ke cawangan dan pergi pada yang ada kiosk ini.

Biasanya kalau anda ada akaun maybank, anda juga akan ada akaun cimb. Seperti maybank, anda juga boleh menukar kad debit cimb secara online. Anda boleh lihat caranya di sini.

Baca juga :

Tukar Kad Debit Cimb Expired Secara Online.

full-width

Share this post

Writer

boleh share

Author :

Boleh Share

Kami suka sharing. Kami sharekan idea, gaya hidup dan info-info terbaru. Juga promo code yang memberi ganjaran tunai.