Cara Link Kad Visa Wise Ke Google Pay Atau Apple Pay
Link visa prepaid wise anda ke google pay atau apple pay untuk kemudahan membayar secara paywave. Hanya 'tap dan pay' semuanya melalui smartphone atau smartwatch anda sahaja.



Tentang kad prepaid visa wise
Wise ialah kad prepaid pertama yang bukan dari kalangan bank yang menyokong apple pay dan google pay di malaysia.
Bagi anda yang suka shopping dan membayar secara paywave, anda boleh hubungkan terus kad prepaid wise ke sistem bayaran google pay dan apple pay.
Anda tak perlu lagi nak keluarkan kad dari dompet, hanya tap and pay melalui smartphone anda.
Gunakan kad visa wise seperti anda menggunakan kad debit atau credit lain yang anda biasa guna.
Daftar Akaun Wise
Anda yang belum pernah ada akaun Wise kena create akaun dulu. Tekan button di bawah untuk daftar akaun wise (jika belum ada) :
Cara link kad visa wise ke google pay atau apple pay
Ada 2 cara untuk anda link kad visa wise ke google pay atau apple pay :
- Melalui wise app.
- Melalui google wallet atau apple pay.
Melalui wise app
Buka aplikasi wise dan login. Install jika anda belum ada.


- Di tab bawah tekan 'card'.
- Klik 'order a card' jika anda belum ada.
- Di sini anda akan lihat ada 2 pilihan samada kad digital atau fizikal.
- Pilih salah satu atau pilih kedua-duanya.
- Ikuti proses seterusnya.
- Jika pesanan kad anda berjaya, anda kan terus dapat lihat kad (digital) terpapar dalam akaun anda.
- Butang 'Add to Gpay' akan muncul untuk android user atau 'Add to Apple Pay' untuk peranti iOS. Klik butang itu.
Langkah seterusnya hanya beberapa step mudah verifikasi dan anda akan lihat kad visa wise anda samada di dalam google pay atau apple pay anda.
Melalui google wallet atau apple pay
- Di google wallet atau apple pay anda klik butang '+ add to wallet'.
- Pilih dan tekan 'credit or debit card'.
- Pilih kad wise dan masukkan no kad.
- Ikuti arahan seterusnya.


Sebaik kad ini muncul di dalam google pay atau apple pay, anda dah boleh terus gunakan kad ini. Syaratnya anda mesti top up kad ini terlebih dulu. Top up boleh menggunakan bank transfer. Wang akan masuk ke akaun wise anda secara serta-merta jika urusan top anda berjaya.
Kad fizikal atau kad digital wise?
Anda boleh order 3 keping kad digital dan 1 kad fizikal.
Jika anda pesan kad fizikal anda dah boleh gunakan ia 'secara on the spot' tanpa perlu menunggu kad anda sampai ke rumah. Anda boleh guna kad virtual sementara menunggu kad fizikal anda sampai.
Dengan kad virtual ini sahaja anda sudah boleh guna secara online atau membayar di kedai seperti speedmart. Syaratnya anda kena pautkan dulu kad virtual ini pada google pay atau apple pay.
Kelebihan memiliki kad fizikal, anda boleh guna untuk withdraw duit. Atau guna bila masa tiada capaian internet.

Perlu ke ada sampai 4 kad?
Ia bergantung pada keperluan dan cara guna anda. Saya sendiri hanya memiliki 2 keping kad wise pada masa ini. Satu kad fizikal dan satu lagi kad digital.
Anda pula mungkin nak guna setiap kad ini untuk tujuan berbeza.
- kad 1 - langganan (netflix misalnya).
- kad 2 - bayar tol dan parking.
- kad 3 - shopping.
- kad 4 (kad fizikal) - membeli dan withdraw.
Jadi lebih mudah untuk anda track perbelanjaan mengikut kad yang anda tetapkan.
Baca juga :
Kelebihan Kad Prepaid Visa Wise di Malaysia
Ringkasan.
Sangat mudah untuk anda menggunakan kad prepaid wise bagi tujuan pembayaran. Gunakan google pay atau pun apple pay. Tap and pay, hanya semudah itu!
Klik di sini untuk daftar akaun wise anda dan nikmati setiap kelebihan yang ditawarkan.