Versa cash-i mula dilancarkan pada april 2023. Ia adalah akaun pengurusan tunai patuh shariah di Malaysia yang berisiko rendah. Versa cash-i berasaskan dana pasaran wang Islam (AHAM Aiiman Enhanced i-Profit Fund).
Versa Cash-i ialah alternatif simpanan tunai patuh shariah yang fleksibel, mudah diakses, dan memberi pulangan harian lebih baik daripada akaun simpanan biasa.
Yang bestnya, tiada lock in period.
Isi kandungan
Ciri utama versa cash-i
- Patuh shariah – melabur dalam deposit tetap Islam jangka pendek.
- Modal permulaan rendah – minimum RM10 sahaja.
- Fleksibel – tiada tempoh lock-in, withdraw anytime.
- Pulangan harian – nilai unit meningkat dan terus dipaparkan dalam baki anda.
- Selamat – aset dipegang dalam akaun amanah berasingan di bawah Deutsche Trustees Malaysia Berhad.
- Tidak dilindungi PIDM – berbeza dengan simpan di bank.
- Pulangan berubah-ubah – bergantung kepada kadar pasaran wang Islam semasa.
- Sesuai untuk dana kecemasan – mudah dicairkan, lebih baik daripada fixed deposit yang terikat.
Walaupun tidak dijamin PIDM, anda tidak perlu risau. Aset anda diurus secara profesional.
Anda nak withdraw duit? Pastikan anda withdraw sebelum jam 10.00 pagi kalau nak dapat pada hari yang sama.
Selepas jam 10.00 pagi, pengeluaran akan diurus pada hari bekerja esoknya.
Cara buka akaun versa cash-i
- Dapatkan versa app di sini.
- Download app versa.
- Pilih versa cash-i (patuh shariah).
- Tekan 'Create Account'.
- Masukkan nama dan email anda.
- Masukkan kod promo/ referal 8LL5WK9X
- Selesai.
Untuk tujuan verifikasi anda perlu sahkan no talipon, upload ic dan selfi.
Proses verify akaun akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari bekerja.
Kelebihan versa cash-i
- Simpan dalam dana pasaran yang patuh syariah.
- Bermula serendah RM10.
- Cash out pada bila-bila masa, tiada penalti.
- Nikmati pulangan 3.33% setahun (base nett return).
Anda boleh mula simpan serendah RM10. Tetapi untuk dapat reward percuma RM10 pastikan anda ada dalam akaun minima rm100.
Saya sarankan anda terus deposit sebanyak RM100. Malah lebih baik lagi jika anda tambah RM1 untuk mencukupkan jumlahnya menjadi RM101.
Ini supaya dapat mempercepatkan proses reward RM10 untuk masuk ke akaun anda.
Selesai deposit pertama sebanyak rm101, anda akan melihat reward rm10 masuk ke dalam akaun versa anda di antara 7-14 hari bekerja. Pengalaman saya sendiri duit masuk pada hari yang ke 15.
RM10 percuma yang anda dapat adalah pulangan segera 10% dari nilai pelaburan anda.
Apakah risiko dalam pelaburan versa cash-i?
Ya, seperti mana-mana pelaburan, versa cash-i pun ada risikonya. Walaupun ia adalah dana pengurusan tunai yang berisiko rendah dan patuh syariah, ada beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan.
Nilai unit dalam dana boleh berubah-ubah bergantung kepada keadaan pasaran. Ini bermakna pulangan anda juga boleh berubah-ubah.
Walaupun Versa Cash-i tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), aset anda dilindungi dalam akaun amanah yang berasingan di bawah Deutsche Trustees Malaysia Berhad. Ini bermakna aset anda akan disimpan secara berasingan dari aset syarikat dan dilindungi dari risiko kebankrapan.
Penting untuk ingat bahawa pelaburan harus dibuat ikut kemampuan anda dan dengan pemahaman yang cukup. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kewangan jika anda tidak pasti. Saya harap ini membantu, dan semoga pelaburan anda selamat dan menguntungkan!