Ditakdirkan anda ditimpa sakit atau hilang pekerjaan, sekurang-kurangnya anda ada wang 'back up' untuk digunakan bagi membiayai sara hidup. Jadi anda tidak perlu merayu simpati atau meminjam dari sesiapa. Alasan ini sahaja sudah cukup kuat kenapa pentingnya anda perlu ada dana kecemasan.
Dana kecemasan inilah yang akan menjadi rakan terbaik anda di saat anda amat memerlukannya nanti.
Isi kandungan
Kalau anda masih belum ada sebarang tabung kecemasan (yang mencukupi) anda kena mulakan sekarang. Peringkat awal untuk bermula mungkin anda rasa susah, tambah kalau anda bukan dari kalangan yang suka berjimat.
Sebaik anda mula dengan langkah pertama, perlahan-lahan anda akan dapati ia tidaklah sesusah yang anda bayangkan. Malah ia semakin mudah bila sudah jadi satu kebiasaan.
Mulakan dulu dengan jumlah yang kecil. Dan buat penambahan dari masa ke semasa. Semakin kerap anda menabung untuk dana kecemasan ini, semakin hampir anda pada matlamat kesihatan kewangan anda. Kuncinya adalah disiplin dan konsisten.
Apakah itu dana kecemasan.
Dana kecemasan ialah wang yang anda peruntukkan khas untuk kecemasan. Wang ini mesti mudah untuk dikeluarkan. Anda perlu boleh mengaksesnya dengan cepat dan mudah bila anda nak gunakannya pada bila-bila masa.
Pentingnya dana kecemasan.
Dana kecemasan sangat penting membantu anda bersedia menghadapi kemungkinan yang tidak pernah terduga.
- Ia menampung kecemasan.
- Ia memberi anda fleksibiliti.
- Ia mengelak anda dari berhutang.
Jika anda baru mula bekerja, anda mungkin sering berharap pada bantuan dari ibu bapa. Tapi tidak semua orang mempunyai keluarga yang berkemampuan. Anda juga mungkin tidak mahu membebankan mereka dengan masalah anda.
Jika anda ada dana kecemasan, anda boleh guna wang sendiri untuk menampung masalah ini tanpa bergantung pada bantuan orang lain.
Tanpa adanya dana khusus untuk kecemasan, di antara pilihan yang anda buat mungkin untuk menjual pelaburan jangka panjang yang anda ada sebelum ini. Dan saat kecemasan biasanya datang bukan pada masa yang anda sedang bersedia, jadi pastinya anda akan menjual dalam keadaan terburu-buru.
Tambah lagi jika anda membuat transaksi yang berulang dan perlu pula membayar beberapa kos transaksi. Mengambil kira pelaburan tertentu mangambil masa juga untuk dijual, ini sangat tidak menguntungkan anda.
Dana kecemasan akan menjadi lebih dan sangat-sangat penting jika anda melihat senario ini:
- Anda hilang pekerjaan.
- Kereta anda rosak.
- Anda diberi bil perubatan di luar jangkaan.
- Rumah anda memerlukan kerja repair.
Anda hilang pekerjaan.
Kita tidak mengharap tetapi ini boleh berlaku. Dan di sinilah dana kecemasan memainkan peranannya. Anda boleh mengeluarkan dana kecemasan untuk 'survive' sementara dapat pendapatan baru. Sekurang-kurangnya anda masih mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menyara hidup anda selama tiga hingga enam bulan dengan menggunakan dana kecemasan ini.
Malah anda mungkin boleh bertahan lebih lama, jika anda pandai berjimat dan menolak perbelanjaan yang tidak perlu.
Kereta anda rosak.
Kereta boleh rosak pada bila-bila masa. Lebih malang jika ia berlaku di masa anda tidak bersedia sama sekali untuk menghadapinya. Kos repair boleh menelan belanja yang besar. Jika anda tidak mempunyai sebarang simpanan untuk tujuan ini, anda di dalam masalah besar.
Melainkan anda mudah untuk mendapatkan ribuan ringgit serta-merta, mempunyai dana kecemasan membantu anda menampung kos ini. Anda tak perlu meminjam dari sesiapa atau mengusik dana dari pelaburan jangka panjang yang anda ada.
Anda diberi bil perubatan di luar jangkaan.
Pada kes tertentu, insurans tidak akan membayar bil perubatan anda. Pembedahan yang tidak dijangka, kena masuk hospital dengan kos perubatan yang tinggi boleh membuatkan anda tension bagaimana untuk menampungnya. Dana kecemasan bertujuan untuk mengurus perkara seperti ini.
Betul anda mungkin perlu jumlah yang lebih banyak untuk membayar bil, tetapi sekurang-kurangnya anda ada wang yang boleh dikeluarkan daripada dana kecemasan untuk menampung kos pendahuluan misalnya.
Rumah anda memerlukan kerja repair.
Tidak boleh nafi untuk memastikan rumah kediaman sentiasa berada di dalam keadaan terbaik dan supaya kita selesa mendiaminya, ia perlu ada penyelenggaraan berkala. Ada masanya aircond kurang berfungsi. Paip dapur pecah atau tersumbat. Lebih parah jika rumah dilanda banjir secara tiba-tiba. Ini semua berlaku di luar jangkaan kita.
Jika rumah anda memerlukan pembaikan penting, gunakan dana kecemasan anda untuk mengurusnya. Kos repair biasanya menjadi lebih mahal jika anda menunggu lebih lama.
Anda tak perlu rasa bersalah untuk membuat simpanan dan pengeluaran bagi tujuan ini untuk memastikan rumah anda dalam keadaan baik. Dana kecemasan sangat sesuai untuk keadaan seperti ini.
Berapa banyak yang perlu anda simpan?
Ada banyak faktor yang boleh menentukan jumlah yang anda perlu simpan dalam dana kecemasan. Ia bergantung pada berapa banyak yang anda dapat setiap bulan, dan berapa pula perbelanjaan atau bil yang perlu anda bayar setiap bulan.
Kebanyakan pakar mengesyorkan anda ketepikan perbelanjaan tiga hingga enam bulan. Namun, jika anda adalah freelancer atau pekerja gig, atau upah anda dibayar secara komisen, adalah penting untuk anda menyimpan dalam jumlah yang lebih besar.
Bila jumlah pendapatan tidak menentu, anda kena menyimpan lebih supaya dapat cover hari yang mungkin anda tak dapat upah kerana faktor tertentu.
Dapat sesuatu?
Bagaimana untuk membina dana kecemasan?
Untuk menganggarkan berapa jumlah, anda boleh campurkan semua amaun yang anda belanja setiap bulan untuk perbelanjaan sara hidup asas seperti:
- Ansuran atau sewa rumah.
- Ansuran kereta.
- Bil utiliti (elektrik, air, wifi,data, coway dll).
- Petrol dan maintenance kereta.
- Belanja makan di luar.
- Barang runcit.
- Ubat-ubatan (jika ada).
- Insurance.
Sekarang anda dah tahu jumlah perbelanjaan bulanan anda. Darabkan jumlah ini dengan 3 hingga 6 bulan mengikut yang anda pilih. Jumlah selepas darab itulah yang akan menjadi sasaran dana kecemasan anda.
Lihat contoh perbelanjaan di bawah untuk lebih jelas:
Belanja sebulan | Kos |
---|---|
Ansuran /sewa rumah | RM750 |
Ansuran kereta | RM500 |
Bil utiliti | RM300 |
Petrol & maintenance | RM350 |
Makan di luar | RM500 |
Barang runcit | RM450 |
Ubat-ubatan | RM80 |
Insurance | RM70 |
Jumlah belanja | RM3000 |
Matlamat 3 bulan - RM3000 darab 3 bulan = RM9000
Matlamat 6 bulan - RM3000 darab 6 bulan = RM18000
Jadi tetapkan matlamat dana kecemasan anda antara RM9000 dan RM18000.
Banyak ke? Ye nampak macam banyak tetapi kalau anda buat secara perlahan dan konsisten, matlamat ini boleh dicapai dengan mudah.
Di manakah nak simpan dana kecemasan?
Adalah lebih baik untuk menyimpan dana kecemasan anda dalam akaun bank yang berasingan, bukan akaun yang sama yang anda gunakan setiap hari. Dana kecemasan anda perlu mudah diakses apabila anda memerlukannya dengan segera.
Pada masa yang sama, anda tidak mahu ia terlalu mudah dicapai supaya anda tidak akan tergoda untuk mengeluarkan wang bagi tujuan yang tidak penting.
Anda boleh menyimpan dana kecemasan anda di akaun simpanan biasa atau akaun cair berisiko rendah yang menawarkan faedah menarik. Dua pilihan tempat terbaik yang boleh anda pertimbangkan:
- Akaun simpanan biasa.
- Money market fund.
Akaun simpanan biasa menawarkan akses cepat kepada wang tunai anda tetapi dengan pulangan yang sangat rendah.
Saya sangat mensarankan anda simpan wang di dalam akaun money market fund. Selain memberi pulangan yang lebih tinggi dari simpanan di akaun biasa, ia juga mudah dicairkan. Maknanya mudah untuk anda nak buat pengeluaran.
Ada beberapa akaun money market fund di luar sana yang anda boleh pilih. Di antaranya adalah versa cash atau versa cash i. Anda boleh membuka akaun dengan deposit yang rendah dan boleh menerima pulangan faedah sehingga 4.3%.
Malah jika anda deposit kali pertama sebanyak rm101, anda akan menerima reward sebanyak rm10 dimasukkan ke dalam akaun anda sebagai reward dari pihak versa.
Jika anda seorang muslim, anda mungkin nak pilih akaun yang patuh syariah. Anda boleh ketahui lebih lanjut di sini.
Baca juga :
Daftar Versa Cash-I Dengan Referral Code Untuk Dapatkan Reward Tunai
Elakkan daripada menyimpan dana kecemasan anda di akaun deposit tetap walaupun ia memberi pulangan agak tinggi kerana dana anda akan dikunci. Anda akan hilang kelebihan faedah yang ditawarkan jika anda keluar wang ketika belum mencapai tempoh matang.
Point paling penting, anda tidak mahu 'lock' dana yang mungkin anda nak pakai esok atau lusa. Pertimbangkan untuk menyimpan dana kecemasan anda dalam akaun simpanan atau money market fund. Jadi, anda boleh mengeluarkan wang apabila anda memerlukannya, tanpa penalti dan tanpa menunggu proses pengeluaran yang lama.
Langkah terbaik anda boleh juga membahagi simpanan wang anda.
Sebahagian anda masukkan ke dalam akaun simpanan biasa dan sebahagian lagi ke dalam akaun money market. Melalui akaun biasa anda boleh withdraw dan dapat duit instantly. Money market walau pun mudah dikeluarkan, ia masih memerlukan 1-2 hari bekerja untuk urusan pengeluaran. Jadi anda boleh pertimbangkan kedua-duanya mengikut apa yang mudah untuk anda.
Bilakah anda harus menggunakan dana kecemasan.
Cara terbaik untuk mengetahui bila anda harus menggunakan dana kecemasan adalah dengan memahami situasi yang dianggap sebagai kecemasan dan apa yang bukan kecemasan.
Contoh ini harap dapat membantu:
Kecemasan:- Hilang pekerjaan.
- Bil perubatan di luar jangkaan.
- Repair kereta.
- Baiki rumah.
Bukan kecemasan:
- Percutian.
- Membeli hiasan rumah.
- Tukar sportrim kereta.
- Tukar gajet terbaru.
Adalah penting untuk membuat sedikit kajian sebelum anda memutuskan tempat menyimpan dana kecemasan. Pilih tempat simpan di mana wang itu boleh berkembang dan memberi pulangan yang baik dan selamat semasa anda tidak menggunakannya.
Ringkasan.
Kebanyakan kita akan menghadapi masalah untuk menampung perbelanjaan tiga bulan jika hilang pendapatan, jadi mempunyai dana kecemasan adalah satu keutamaan. Tetapi ia hanyalah langkah pertama dalam perjalanan kewangan peribadi anda.
Selepas anda bersedia dengan dana kecemasan anda, langkah seterusnya ialah menyimpan dan melabur untuk matlamat kewangan yang lain. Ini akan memerlukan pendekatan yang berbeza.
Daripada hanya menyalurkan wang anda ke dalam akaun simpanan atau deposit tetap untuk kecemasan, anda mungkin perlu melaburkannya dalam aset yang boleh menjana pulangan yang lebih tinggi.
Kalau anda berminat nak buka akaun pelaburan yang berkonsepkan robot advisor, anda boleh baca di sini.